Tuesday, August 24, 2010

Lelaki itu ( part 2 )

"gambar hiasan - dua identiti yg berbeza"
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua
by, fynn jamal

Selepas hampir beberapa hari,akhirnya lelaki itu pn berjaya juga menyelesaikan masalahnya. Tetapi tak bermakna masalah tu akan selesai. mungkin juga akan kembali lagi. umpama luka lama berdarah kembali. lelaki itu harus bertahan dan berhati hati dalam membuat sesuatu perkara selepas ini.  Hari selalunya tidak cerah dan juga tidak indah.awan tidak selalu mendung hujan tidak selalu renyai. angin tidak selalu ribut. hidup juga tidak selalu riang. Lelaki itu memikirkan masanya mungkin semakin suntuk. tiada lagi masa untuk bersuka ria.tiada lagi berfoya-foya.tiada lagi bersandiwara.tiada lagi berdusta swasta.Hidup ini hanya pinjaman.tidak seharusnya membazirkan masa yang indah dengan fikiran yang kotor.walaupun masalah itu hanya sekecil hati nyamuk tidak mustahil menjadi sebesar hati gajah.

Monday, August 23, 2010

Final Decision

This is the first time i wrote in english. sorry if i make mistake in grammar. im not good. Final Decision is a about short film but no dialouge. to make this short film is a quite hard because we must use from music that have not be copyrighted. If we want to use some music that copyrighted, we must record it back in our style.The storyline is about a man that depressed and he want to kill himself because his girlfriend died. He tried to kill himself with a poison in a small dark room. In this story we want to show the flow how he want to kill himself. The established we show at the grave in a high angle because we want to show that the man is not powerfull and weak. After that the man back to home and walk in the small dark room where the place that he want to kill himself. The camera will follow the man from he want to open the door and sit at the chair. That man start smoking again and again. in tight shot.he drink water.after that someone calling he.he didnt answer the phone.then he go to the toilet.then he sit back and switched on the laptop.he open the folder that contain his picture with his girlfriend.the picture shows on projector.when he starts to open the pictures,camera from infront move to his back dolly shot.the flashback start.it begin in first picture where the picture take at restaurant.then next to the second picture at lake.then at the library.after look three picture.he cried and drink the poison.then he continue to look at next picture.he became worse,cough and bleeding.after that he died.after he died back shot show his girlfriend.then continue to tight shot his girlfriend crying and camera move backward.then credit title..this is my idea.

Sunday, August 22, 2010

Lelaki itu.

"gambar hiasan- lelaki itu seperti berada di dunia yg lain"
Kehadirannya adalah sebagai peneman dikala suka dan duka. Dia juga dianggap sebagai lelaki yg bisa menjaganya. Tetapi dia sukar dipercayai. Kenapa? Bagaimanakah perwatakannya? adakah dia lebih kepada antagonis ataupun protagonis? Apakah dia seorang yang suka berselindung di sebalik sesuatu perkara. Apakah agendanya? Mengapa dia dipanggil lelaki malang? Apa dosanya? Semuanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya hati yang memainkan peranan ketika ini. Jiwanya kusut. Fikirannya bercelaru. Perlakuannya sama diluar tetapi tidak sama yang didalam. Dalam fikirannya mencari kepastian dan mencari penyelesaian. Apakah yang menyebabkan permasalahan ini berlaku. Perbezaan jantina kah? Keturunan kah? Sifat kah? ataupun fahaman diri sendiri. Setiap manusia mempunyai persepsinya tersendiri. Tidak mungkin akan sama seperti orang yang lain. Melainkan dia dilatih untuk berfikir dan membuat sesuatu perkara. Semuanya tidak mustahil. Begitu juga dgn Aku yang mempunyai persepsi yang luas dan terbuka. Lelaki itu cuba untuk lari dari permasalahan tersebut. Tetapi permasalahan tersebut kerap kali berulang. Apa yang membingungkannya adalah kenapa ianya tidak pernah selesai walaupun dia sendiri telah menyelesaikannya dan dia juga mengalah kepada masalah tersebut. Jika Aku lelaki tersebut pastinya aku akan rasa tercabar. Tetapi hati lelaki tiada siapa yang boleh tahu. Bagaimana lembutnya dan sebaliknya. Aku baru saja selesai menjalani modul yang dianjurkan oleh pihak universiti.Fasilitator Aku adalah seorang ustaz. Aku masih ingat lagi kata-katanya, " perasaan cemburu adalah untuk lelaki dan perempuan tidak boleh ada perasaan cemburu tersebut " Aku pn rasa agak musykil kerana mengapa pula ustaz itu berkata begitu. Apakah rasionalnya. Setelah diberi penerangan barulah aku faham situasinya. Lelaki harus ada perasaan cemburu. tetapi perempuan harus menghindari dari perasaan tersebut kerana perempuan mempunyai emosi yang cpt bertindak dan tidak terkawal. Tidak sama seperti lelaki. Lelaki bijak mengawal emosi. Permasalahan yang dihadapi lelaki itu mungkin akan membawa sesuatu perubahan besar.Tetapi mungkin dia akan memikirkan kesannya dahulu ataupun dia akan membuat keputusan yang tidak pernah diduganya selama ini.

-to be continued-

Saturday, August 21, 2010

"PSA" teknikal & management

"nie lah kamera yang aku maksudkan. sedih bila nk shoot barulah nk belajar care nk guna".
     Penat.yelah puasa kan. tu je yang aku mampu ungkapkan. tapi aku dayakan diri untuk menulis catatan yang bagiku penting. PSA ( public service announcement ) . Aku baru saja habis menjalani pengambaran PSA tersebut. Walaupun krew amat dan amatlah tidak mencukupi ( sehingga director pn jd teknikal pasang track dan aku sendiri actor pn jadi teknikal ) aku tetap bersama mereka dan membantu mereka. Semuanya tidak berjalan seperti yang dirancangkan didalam call time. talent tah ke mana. persiapan kamera dan barang2 yang lain juga mengalami masalah. DOP juga tidak mahir mengendalikan kamera kerana kamera yang mereka gunakan adalah kamera yang lebih besar, berlainan dan agak sukar sendikit untuk mengendalikannnya. Krew terpaksa meminta bantuan senior2 dan masalah tersebut dapat diatasi. Kemudian masalah yang lain pula timbul apabila monitor tidak berfungsi. Selepas dikaji rupa-rupanya cable yang menyambungkan kamera ke monitor rosak. Aku diberitahu oleh director bahawa scene yang bakal aku lakonkan pada pukul 10. tetapi apa yang berlaku adalah amat dikesali kerana hampir 3 jam barulah pengambaran dijalankan.aku rimas. bagaimana ini boleh terjadi. tidak sepatutnya mereka membazirkan waktu terlalu lama. Terlalu banyak kelemahan yang mereka harus perbetulkan dan dari situ juga aku dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan sesebuah krew dalam mengendalikan sesuatu pengambaran. Hampir kesemua krew tidak mahir dalam teknikal dan menguruskan alatan-alatan dgn bijak. Mereka juga mengambil masa yang agak lama dalam "mensetupkan" angle kamera dan juga track. Konti juga lari dan talent terpaksa menunggu agak lama di set.Walau apa pun. Aku berpuas hati dgn idea dan konsep yang mereka cuba sampaikan.Cuma aku harap, segala masalah2 yang berlaku ni harap tidak diulangi dan aku sendiri juga dapat mengambil sendikit pengajaran agar pengambaran filem pendek aku yang akan dilakukan selepas hari raya ini berjalan dgn lancar dan teratur. segala kesilapan adalah lumrah dan segala kesalahan pula adalah datang dari diri sendiri.

Friday, August 20, 2010

- s e l a m a t t i n g g a l d u n i a -. sudah sampai ke masanya?

"gambar hiasan, - bukan promosi album atau review album."
Dunia yang dicari.akhirat siapa yang peduli. s e l a m a t t i n g g a l d u n i a .dalam otak aku yang separuh ingat,  ini adalah tajuk album butterfingers sebelum mereka berpisah seketika.tapi lama la jugak. nak rasa menyesal,kesal,sesal,rugi,pn xguna dah. mungkin ini proses kitaran hidup. dunia zaman berzaman. fikiran berubah-ubah.kalendar setiap tahun berputar, sedangkan batu pun boleh berlekuk kalau kena air setiap hari, inikan pula manausia yang lemah iman, lemah jantung, dah lemah selemah lemahnya. tapi manusia hidup dgn nafsu. mereka kuat bila bernafsu.aku naik rimas. hidup berpasangan pn susah. hidup sendirian pn susah. mati lg susah. bkn kita yang mati susah. tp orang yang uruskan kita yang susah. aku cuba lari dari masalah tapi masalah berlumba lumba mencari aku. umpama aku artis. semakin aku nk lupa semakin byk yg dtg. apa semua ni. holy s*it. aku rase xada istilah sudah sampai masanya, semua org ada masanya sendiri. yang di-Atas saja mampu menentukan segalanya. xpayah la nk cakap sudah sampai masanya. semua ni mainan hidup, selamat tinggal hanyalah ungkapan. bukan bermaksud apa-apa, yang pergi hanyalah  jasad tapi semangat tetap ada didunia ini. perempuan bukan lah masalah bg kaum adam, tetapi perempuan pembawa suka, duka, pahit, manis. kalau diikutkan kaum hawa ini adalah sebagai pembakar semangat kaum adam. tetapi pada zaman akhir zaman, semuanya terbalik. tiada lagi yang betul dan tiada lagi yang salah. semuanya hidup dlm fitnah,dendam,hasutan,dengki.tamak,khianat, aku benci hidup begini. aku benci kitaran hidup begini. walaupun sudah ditakdirkan. tetapi semuanya boleh berubah jika ada usaha dan semangat utk berubah. biarpun setan bersepah dikeliling pinggang tetapi jika akal fikiran waras. semuanya akan jadi normal. hidup negetif ada baiknya. tetapi perlu diseimbangkn dgn positif. nabi pn xsuruh buat ibadat everytime. dunia perlu juga. kalau sibuk buat ibadat apa guna ada dunia. kalau sibuk dgn dunia. al-jahanam la jawapannya. persepsi boleh membawa mati. kontroversi boleh menjatuhkan maruah diri. halusinasi memakan diri. lu pikir la sndir.

Thursday, August 19, 2010

seni bodoh atau professional yang bodoh?

"gambar semasa bersama rakan membantu menyiapkan assingment fotografi di port dickson pada tahun 2009. Kepada penggila kamera pasti tahu gambar apa yang mahu diambil pada waktu itu."

Aku manusia macam yang kau lihat di tepi atau dicelah dunia ini.Tapi samakah seperti apa yang kau lihat yang kau fikir dan yang kau mahukan dalam hidup kau. Macam mana yang kau mahu Aku tak tahu. Tapi aku tahu macam mana aku mahu kan dalam hidup aku. Begitulah juga apabila aku berada dalam dunia seni. Dunia yang selalu orang cerdik pandai selalu memperlekehkan. Orang seni bodoh, tak pandai, tak sekolah pun boleh popular.Kepala otak mereka yang cerdik pandai ni tak pernah menghargai bagaimana seksa dan perit sebagai pengiat seni. Orang yang berlagak cerdik pandai ni hanya tahu balik rumah, mandi, tak tahulah solat ke tak, lepas tu tengok tv, mulalah cari rancangan hiburan yang best-best. tapi dari mana terhasil rancangan hiburan-hiburan yang mereka tonton lepas pulang dari kerja? Kalau bukan dari anak seni yang bekerja siang dan malam.Bukan macam golongan yang berlagak professional kerja waktu pejabat.
Aku peduli ke tak peduli sama saja macam orang yang kau semua boleh lihat. Orang bergaduh tepi jalan kau sorakkan, tapi orang nyanyi tepi jalan kau cacikan. Bangsa kini bukan lagi manusia tetapi haiwan tak terkecuali aku. Aku tak mengutuk sesiapa tetapi aku mengutuk orang yang suka mengutuk.Dalam filem semua mengutuk kalau filem tu membosankan, macam sial, buat rugi duit tengok kt panggung wayang. Tapi kalau mereka fikir, mereka faham apa makna cerita tu mereka tak akan mampu cakap apa-apa. Orang yang cerdik pandai bodoh dalam seni.Mereka tak tahu apa itu seni. Apa yang mereka tahu cuma nak berhibur.