Sunday, August 22, 2010

Lelaki itu.

"gambar hiasan- lelaki itu seperti berada di dunia yg lain"
Kehadirannya adalah sebagai peneman dikala suka dan duka. Dia juga dianggap sebagai lelaki yg bisa menjaganya. Tetapi dia sukar dipercayai. Kenapa? Bagaimanakah perwatakannya? adakah dia lebih kepada antagonis ataupun protagonis? Apakah dia seorang yang suka berselindung di sebalik sesuatu perkara. Apakah agendanya? Mengapa dia dipanggil lelaki malang? Apa dosanya? Semuanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya hati yang memainkan peranan ketika ini. Jiwanya kusut. Fikirannya bercelaru. Perlakuannya sama diluar tetapi tidak sama yang didalam. Dalam fikirannya mencari kepastian dan mencari penyelesaian. Apakah yang menyebabkan permasalahan ini berlaku. Perbezaan jantina kah? Keturunan kah? Sifat kah? ataupun fahaman diri sendiri. Setiap manusia mempunyai persepsinya tersendiri. Tidak mungkin akan sama seperti orang yang lain. Melainkan dia dilatih untuk berfikir dan membuat sesuatu perkara. Semuanya tidak mustahil. Begitu juga dgn Aku yang mempunyai persepsi yang luas dan terbuka. Lelaki itu cuba untuk lari dari permasalahan tersebut. Tetapi permasalahan tersebut kerap kali berulang. Apa yang membingungkannya adalah kenapa ianya tidak pernah selesai walaupun dia sendiri telah menyelesaikannya dan dia juga mengalah kepada masalah tersebut. Jika Aku lelaki tersebut pastinya aku akan rasa tercabar. Tetapi hati lelaki tiada siapa yang boleh tahu. Bagaimana lembutnya dan sebaliknya. Aku baru saja selesai menjalani modul yang dianjurkan oleh pihak universiti.Fasilitator Aku adalah seorang ustaz. Aku masih ingat lagi kata-katanya, " perasaan cemburu adalah untuk lelaki dan perempuan tidak boleh ada perasaan cemburu tersebut " Aku pn rasa agak musykil kerana mengapa pula ustaz itu berkata begitu. Apakah rasionalnya. Setelah diberi penerangan barulah aku faham situasinya. Lelaki harus ada perasaan cemburu. tetapi perempuan harus menghindari dari perasaan tersebut kerana perempuan mempunyai emosi yang cpt bertindak dan tidak terkawal. Tidak sama seperti lelaki. Lelaki bijak mengawal emosi. Permasalahan yang dihadapi lelaki itu mungkin akan membawa sesuatu perubahan besar.Tetapi mungkin dia akan memikirkan kesannya dahulu ataupun dia akan membuat keputusan yang tidak pernah diduganya selama ini.

-to be continued-

2 comments:

  1. i'm waiting for the 'continuous' cuz i want to know wht that guy will do for his life..

    -your reader-

    ReplyDelete