Saturday, August 21, 2010

"PSA" teknikal & management

"nie lah kamera yang aku maksudkan. sedih bila nk shoot barulah nk belajar care nk guna".
     Penat.yelah puasa kan. tu je yang aku mampu ungkapkan. tapi aku dayakan diri untuk menulis catatan yang bagiku penting. PSA ( public service announcement ) . Aku baru saja habis menjalani pengambaran PSA tersebut. Walaupun krew amat dan amatlah tidak mencukupi ( sehingga director pn jd teknikal pasang track dan aku sendiri actor pn jadi teknikal ) aku tetap bersama mereka dan membantu mereka. Semuanya tidak berjalan seperti yang dirancangkan didalam call time. talent tah ke mana. persiapan kamera dan barang2 yang lain juga mengalami masalah. DOP juga tidak mahir mengendalikan kamera kerana kamera yang mereka gunakan adalah kamera yang lebih besar, berlainan dan agak sukar sendikit untuk mengendalikannnya. Krew terpaksa meminta bantuan senior2 dan masalah tersebut dapat diatasi. Kemudian masalah yang lain pula timbul apabila monitor tidak berfungsi. Selepas dikaji rupa-rupanya cable yang menyambungkan kamera ke monitor rosak. Aku diberitahu oleh director bahawa scene yang bakal aku lakonkan pada pukul 10. tetapi apa yang berlaku adalah amat dikesali kerana hampir 3 jam barulah pengambaran dijalankan.aku rimas. bagaimana ini boleh terjadi. tidak sepatutnya mereka membazirkan waktu terlalu lama. Terlalu banyak kelemahan yang mereka harus perbetulkan dan dari situ juga aku dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan sesebuah krew dalam mengendalikan sesuatu pengambaran. Hampir kesemua krew tidak mahir dalam teknikal dan menguruskan alatan-alatan dgn bijak. Mereka juga mengambil masa yang agak lama dalam "mensetupkan" angle kamera dan juga track. Konti juga lari dan talent terpaksa menunggu agak lama di set.Walau apa pun. Aku berpuas hati dgn idea dan konsep yang mereka cuba sampaikan.Cuma aku harap, segala masalah2 yang berlaku ni harap tidak diulangi dan aku sendiri juga dapat mengambil sendikit pengajaran agar pengambaran filem pendek aku yang akan dilakukan selepas hari raya ini berjalan dgn lancar dan teratur. segala kesilapan adalah lumrah dan segala kesalahan pula adalah datang dari diri sendiri.

2 comments: