Thursday, August 19, 2010

seni bodoh atau professional yang bodoh?

"gambar semasa bersama rakan membantu menyiapkan assingment fotografi di port dickson pada tahun 2009. Kepada penggila kamera pasti tahu gambar apa yang mahu diambil pada waktu itu."

Aku manusia macam yang kau lihat di tepi atau dicelah dunia ini.Tapi samakah seperti apa yang kau lihat yang kau fikir dan yang kau mahukan dalam hidup kau. Macam mana yang kau mahu Aku tak tahu. Tapi aku tahu macam mana aku mahu kan dalam hidup aku. Begitulah juga apabila aku berada dalam dunia seni. Dunia yang selalu orang cerdik pandai selalu memperlekehkan. Orang seni bodoh, tak pandai, tak sekolah pun boleh popular.Kepala otak mereka yang cerdik pandai ni tak pernah menghargai bagaimana seksa dan perit sebagai pengiat seni. Orang yang berlagak cerdik pandai ni hanya tahu balik rumah, mandi, tak tahulah solat ke tak, lepas tu tengok tv, mulalah cari rancangan hiburan yang best-best. tapi dari mana terhasil rancangan hiburan-hiburan yang mereka tonton lepas pulang dari kerja? Kalau bukan dari anak seni yang bekerja siang dan malam.Bukan macam golongan yang berlagak professional kerja waktu pejabat.
Aku peduli ke tak peduli sama saja macam orang yang kau semua boleh lihat. Orang bergaduh tepi jalan kau sorakkan, tapi orang nyanyi tepi jalan kau cacikan. Bangsa kini bukan lagi manusia tetapi haiwan tak terkecuali aku. Aku tak mengutuk sesiapa tetapi aku mengutuk orang yang suka mengutuk.Dalam filem semua mengutuk kalau filem tu membosankan, macam sial, buat rugi duit tengok kt panggung wayang. Tapi kalau mereka fikir, mereka faham apa makna cerita tu mereka tak akan mampu cakap apa-apa. Orang yang cerdik pandai bodoh dalam seni.Mereka tak tahu apa itu seni. Apa yang mereka tahu cuma nak berhibur.

5 comments:

  1. sinis betul kata-kata tu.. terasa sikit.. :P

    ReplyDelete
  2. gambar kat atas tu sbnrnye yg berharga bukan lelaki tu...tp background sunset tu....
    ape2 pun selamat datang ke dunia blogger.......

    ReplyDelete
  3. irma - sinis ke? tu sekadar renungan :)

    kak dyan - smpy aty akak.xbrhrge tp bermaruah.

    ReplyDelete
  4. eh mane tau akk??huhu...wah sejak bile pandai tacing ni??ape2 pun nice pic akk suke sunset skurg sejak pre wedding ritu...

    ReplyDelete
  5. taw la..sy pn ade jiwa jgk kak..yelahhhh

    ReplyDelete